Monday 22 August 2016

30 sen cetakan untuk pelajar


Muna's memang prihatin dengan kos bajet setiap pelajar, khasnya bila ingin membuat salinan cetakan nota atau kerja kursus

Cetakan berwarna hitam boleh di buat melalui media, samaada pendrive, memory card ataupun bluetooth.

Adakalanya mesin pencetak ada tetapi malangnya ink cepat kering atau habis.

Jangan risau Muna's yang mempunyai lokasi di Jalan Mahmud, kampong baru beroperasi selepas masa pejabat.

Untuk mencari lokasi, sila taip munas jalan mahmud dalam google map, begitu mudah dengan teknologi. 

#siswa siswi UTM‎
#siswa siswi UniKL
#siswa siswi P.I.C.O.M.S.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday 16 August 2016

UTM dan Kampong Baru

Antara Pusat Pengajian yang mempunyai sejarah penubuhan yang lama di kawasan berhampiran dengan Kampong Baru, ialah University Technology Malaysia.

Sebagai seorang warga Selangor semasa di lahirkan di Kampong Baru, dlm awal tahun 1960 han, dlm usia meniti sekolah menengah, memang menjadi idaman hendak menuntut di situ. 

Apakan daya, ekoran dari keputusan akademik yang tak tak seberapa, saya hanya layak ke ITM masa itu.

Apa pun, saya sebagai anak jati generasi ke 4, pewaris tanah Kampong Baru amat berbangga dengan penghargaan di di berikan oleh University Technology Malaysia, kerana secara aktif melibatkan penduduk Kampong Baru dalam aktiviti sosialnya.

Di samping itu, pihak pusat pengajian ini telah juga dedikasikan ruang fizikal demi memuliakan sudut sejarah Kampong Baru.

Di harap lebih banyak lagi Institusi pengajian Tinggi yang akan terlibat cergas dalam memartabatkan sejarah kebudayaan Melayu khasnya dan rakyat Malaysia secara amnya.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday 9 August 2016

P.I.C.O.M.S

Semasa waktu sebelah pagi, tengahari dan petang seringkali pelajar dari P.I.C.O.M.S. akan berjalan lalu di jalan Mahmud. Kebayakan dari pelajar dari tahun akhir menjalani praktikal menetap di hostel berdekatan dengan jalan Mahmud.

Lazimnya, ramai di antara pelajar, semasa pagi akan singgah di Kaferamlah yang terletak di tepi jalan Mahmud. Keenakkan kuih dengan harga yang murah, begitu juga harga air mineral dan minuman ringgan menambat perhatian pelajar. 

Tak jauh dari Kaferamlah, iaitu hanya bersebelahan terdapat kiosk Muna's yang ada menyediakan khidmat top-up semua telco dan fotostat yang murah, Hanya RM0.10 sen sekeping. 

Selain itu Muna's ada juga menjual kelengkapan alat-tulis, perhiasan, makanan kering dan ringan dan juga minuman ringan. Semuanya bertepatan dengan budget pelajar,

Jangan malu-malu, mari singgah di Muna's.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Sunday 7 August 2016

Fotostat lebih murah dan mudah

Muna's sediakan khidmat fotostat dengan harga yang cukup berpatutan, iaitu 10 sen sekeping. 

Lokasi premis niaga muna's  kurang berlaku kesesakan kenderaan di jalan mahmud, kampong baru, memudahkan lagi urusan untuk pelanggan.

Sesiapa yang bekerja di pejabat berhampiran kampong baru, bolehlah singgah untuk dapatkan khidmat fotostat ini. 

Setakat ini, ramai dari kalangan penuntut tahun akhir, mengikuti kursus keujurawatan ada singgah mendapatkan khidmat fotostat di muna's.

Untuk dapatkan lokasi di gps, tuliskan nama muna's jalan mahmud kampong baru di google map. Terdapat kawasan mudah untuk parkir kereta untuk laksana urusan.