Antara Pusat Pengajian yang mempunyai sejarah penubuhan yang lama di kawasan berhampiran dengan Kampong Baru, ialah University Technology Malaysia.
Sebagai seorang warga Selangor semasa di lahirkan di Kampong Baru, dlm awal tahun 1960 han, dlm usia meniti sekolah menengah, memang menjadi idaman hendak menuntut di situ.
Apakan daya, ekoran dari keputusan akademik yang tak tak seberapa, saya hanya layak ke ITM masa itu.
Apa pun, saya sebagai anak jati generasi ke 4, pewaris tanah Kampong Baru amat berbangga dengan penghargaan di di berikan oleh University Technology Malaysia, kerana secara aktif melibatkan penduduk Kampong Baru dalam aktiviti sosialnya.
Di samping itu, pihak pusat pengajian ini telah juga dedikasikan ruang fizikal demi memuliakan sudut sejarah Kampong Baru.
Di harap lebih banyak lagi Institusi pengajian Tinggi yang akan terlibat cergas dalam memartabatkan sejarah kebudayaan Melayu khasnya dan rakyat Malaysia secara amnya.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment