Thursday 8 November 2018

Manafaat serta terma yang terangkum dalam perlindungan insuran kesihatan (medical card)

Kefahaman di dalam tulisan ini cuba memberi suatu penjelasan ketara demi membezakan perlindungan insuran peribadi (personal accident) dengan perlindungan insuran kesihatan ( medical card). Dalam kedua-dua jenis perlindungan ini ada kesamaan, memberi manafaat secara terus dari sudut pembiayaan kos hospital tetapi mempunyai perbezaaan bagaimana ianya memenuhi syarat kelulusan di perakui untuk peroses pembiayaan syarikat insuran.

Perlindungan insuran peribadi ( personal accident ), hanya tercetus apabila akibat kecederaan/musibah timbul dari kecelakaan atau kemalangan, terkini juga termasuk di rompak dan sakit akibat di jangkiti nyamuk aedes. Kebiasaannya, insuran ini di jual oleh pihak bank beserta dengan perlindungan insuran kereta sebagai tambahan. Premium yang di catatkan biasanya murah, kurang daripada RM300 setahun. Kadar bayaran tidak tertakluk kepada usia serta tahap kesihatan. Manakala perlindungan insuran kesihatan tercetus apabila individu di bawah perlindungan insuran memasukkan diri dalam penjagaan hospital (admission) atas sebab kemalangan dan di serang penyakit. Ianya melebihi manafaat perlindungan insuran peribadi. Kadar premium lebih murah mengikut usia, antara usia 20han dalam lingkungan bawah RM 1,000 setahun, antara RM2 ke RM4 sehari. Pada usia yang bertambah, kemungkinan besar keperluan untuk menjalani pemeriksaan doctor.

Terma yang sering di gunakan di dalam insuran kesihatan yang perlu di ketahui :-
Masa Menunggu : Di dalam industri insuran pemilik insuran tertakluk pada masa menunggu, 30 hari,
120 hari dan 2 tahun. Ini tertumpu kepada penyakt kritikal di mana dalam tempoh ini, segala kos akan di teliti. Walau bagaimnapun, untuk kemalangan, tempoh menunggu tidak di ambil kira. Bila tempoh ini dapat lepasi, pihak syarikat insuran akan memberi kelulusan tanpa pertikai kos.

Co Insurance : Ini ialah kos yang perlu di biayai oleh pemilik insuran semasa masuk wad, biasanya
RM500 atau 10%. Dalam pakej perlindungan insuran kesihatan yang saya cadangkan, kos ini tiada.

Kos Bilik dan Inapan : Kebiasaanya kalau berdasarkan premium yang asas ( harga patut), kadar sehariadalah RM 150. (Berkongsi beberapa katil sebilik).

Had Kos Rawatan Setahun : Rawatan perubatan setiap tahun sejumlah RM90,000 boleh di lanjutkan kepada 10 kali ganda lagi dengan tambahan risiko dengan fee yang kecil.

Had Kos Rawatan Seumur Hidup : Tiada had di tetapkan sehingga usia 70 tahun.

Kos Rawatan Susulan : Di benarkan untuk membuat rawatan setelah keluar hospital selama 90 hari.
Berbentuk klem pada hospital yang sama dengan inbois yang asli.

Kad Rawatan : Kemasukkan di hospital berdasarkan kad insuran atau kad pengenalan pada hospital
swasta yang di daftarkan sebagai panel syarikat insuran. Perlu dapat surat kelulusan (GL) dari syarikat insuran, dalam masa 3 jam, selewat-lewatnya setelah lapuran doktor di kemukakan. Agen akan beru bantuan sokongan dalam urusan ini. Bayaran terus dari syarikat insuran kepada hospital swasta.

Sila hubungi saya untuk penerangan langkah persediaan me-minimakan risiko anda , Amin Johari 0123820782 atau email amin.prv@gmail.com

Wednesday 7 November 2018

Ertikata Penjimatan Belanja




Di dalam kegawatan ekonomi dan pendapatan yang terhad akibat peluang kerja yang kurang, sememangnya suatu tindakan yang lazim di lakukan ialah kurang berbelanja. Membuat penyesuaian penjimatan belanja, bukanlah sesuatu yang mudah tetapi demi menempuh fasa awal kerjaya, ianya perlu di laksanakan dengan bijak.

Usaha penjimatan belanja tiada mempunyai faktor atau ciri-ciri yang khas. Ianya banyak bergantung kepada penelitian kita sendiri melalui peredaran masa. Perbelanjaan harian kurang menjadi tumpuan kerana telah pun menjadi kebiasaan, khasnya kos makanan dan pengangkutan.

Walau bagaimnapun, yang selalu di runsingkan adalah perbelanjaan berbentuk bil bulanan, seperti bayaran utiliti, hutang, kredit kad dan pemotongan otomatik. Akibat dari ini, apabila terdapat sesuatu kos tambahan yang bakal di masukkan atau di pertimbangkan dalam bentuk bulanan, ianya kurang dapat sambutan.

Antara kos tersebut ialah bayaran perlindungan insuran kesihatan. Ianya di takrif sebagai sesuatu yang kurang kutamaan sebab beberapa faktor berikut :

1. Majikan telah menyediakan perlindungan insuran untuk pekerja
2. Perlindungan ini bukan mandatori seperti insuran rumah atau kenderaan.
3. Keadaan umur yang muda tidak mungkin akan mengalami sebarang masaalah kesihatan.

Penangguhan belanja untuk perlindungan insuran kesihatan sebenarnya bukanlah begitu banyak. Bagi yang baru melangkah dunia kerjaya dalam usia 23 ke 25 tahun, untuk perlindungan kesihatan sempurna tidak berbentuk simpanan/pelaburan, adalah dalam linkungan RM 70 ke RM90 sebulan, kalau di bahagisebulan hayalah mencecah RM 2 ke RM 3 sehari.

Berbalik kepada penjimatan belanja tadi, asas penjimatan adalah demi memastikan supaya hasil pendapatan dapat di manafaatkan kepada simpanan peribadi atau tingkatkan kuasa memiliki atau membiayai kos keluarga terdekat. Ini kerana peratusan peningkatan pendapatan bakal memakan masa.

Walau bagaimanapun, menerusi pengamatan masakini, gayahidup serta permakanan sekarang telah
banyak kes di mana, dalam usia yang muda penyakit kritikal bakal di hidapi, tidak terhad pada usia yang lewat. Apabila ini berlaku, sekiranya kita bergantung hanya pada kemudahan kesihatan kerajaan,kemungkinan masa menunggu tidak menyelebelahi kita dan segala simpanan dan pendapatan bakal terjejas. Dalam ertikata yang lain, kos harian antara RM2 ke RM3 sehari ini akan membawa kesan yang besar pada kita.

Akhir sekali, perlindungan insuran majikan hanyalah bersifat berkumpulan, di mana akan di kongsi oleh semua pekerja yang alami kos kesihatan pada satu2 bulan, jika had bulanan terlebih guna, pekerja harus membayar melalui potongan gaji, tapi kalau ada insuran secara peribadi, boleh di gunakan sebagai top-up. Andaikata, kita tinggalkan majikan utk kerja lain, syarikat tutup atau kita di berhentikan majikan, dengan insuran kesihatan peribadi sedia-ada, jika timbul keperluan mendapat rawatan sakit kritikal, ianya bukanlah menjadi beban pada diri sendiri atau pada keluarga.

Sila hubungi saya untuk penerangan langkah persediaan me-minimakan risiko anda , Amin Johari 0123820782 atau email amin.prv@gmail.com

#Jimatbelanja, #masa muda, #insuran, #makan-makan, #rancang kerjaya, #hidup bergaya