Wednesday 7 November 2018

Ertikata Penjimatan Belanja




Di dalam kegawatan ekonomi dan pendapatan yang terhad akibat peluang kerja yang kurang, sememangnya suatu tindakan yang lazim di lakukan ialah kurang berbelanja. Membuat penyesuaian penjimatan belanja, bukanlah sesuatu yang mudah tetapi demi menempuh fasa awal kerjaya, ianya perlu di laksanakan dengan bijak.

Usaha penjimatan belanja tiada mempunyai faktor atau ciri-ciri yang khas. Ianya banyak bergantung kepada penelitian kita sendiri melalui peredaran masa. Perbelanjaan harian kurang menjadi tumpuan kerana telah pun menjadi kebiasaan, khasnya kos makanan dan pengangkutan.

Walau bagaimnapun, yang selalu di runsingkan adalah perbelanjaan berbentuk bil bulanan, seperti bayaran utiliti, hutang, kredit kad dan pemotongan otomatik. Akibat dari ini, apabila terdapat sesuatu kos tambahan yang bakal di masukkan atau di pertimbangkan dalam bentuk bulanan, ianya kurang dapat sambutan.

Antara kos tersebut ialah bayaran perlindungan insuran kesihatan. Ianya di takrif sebagai sesuatu yang kurang kutamaan sebab beberapa faktor berikut :

1. Majikan telah menyediakan perlindungan insuran untuk pekerja
2. Perlindungan ini bukan mandatori seperti insuran rumah atau kenderaan.
3. Keadaan umur yang muda tidak mungkin akan mengalami sebarang masaalah kesihatan.

Penangguhan belanja untuk perlindungan insuran kesihatan sebenarnya bukanlah begitu banyak. Bagi yang baru melangkah dunia kerjaya dalam usia 23 ke 25 tahun, untuk perlindungan kesihatan sempurna tidak berbentuk simpanan/pelaburan, adalah dalam linkungan RM 70 ke RM90 sebulan, kalau di bahagisebulan hayalah mencecah RM 2 ke RM 3 sehari.

Berbalik kepada penjimatan belanja tadi, asas penjimatan adalah demi memastikan supaya hasil pendapatan dapat di manafaatkan kepada simpanan peribadi atau tingkatkan kuasa memiliki atau membiayai kos keluarga terdekat. Ini kerana peratusan peningkatan pendapatan bakal memakan masa.

Walau bagaimanapun, menerusi pengamatan masakini, gayahidup serta permakanan sekarang telah
banyak kes di mana, dalam usia yang muda penyakit kritikal bakal di hidapi, tidak terhad pada usia yang lewat. Apabila ini berlaku, sekiranya kita bergantung hanya pada kemudahan kesihatan kerajaan,kemungkinan masa menunggu tidak menyelebelahi kita dan segala simpanan dan pendapatan bakal terjejas. Dalam ertikata yang lain, kos harian antara RM2 ke RM3 sehari ini akan membawa kesan yang besar pada kita.

Akhir sekali, perlindungan insuran majikan hanyalah bersifat berkumpulan, di mana akan di kongsi oleh semua pekerja yang alami kos kesihatan pada satu2 bulan, jika had bulanan terlebih guna, pekerja harus membayar melalui potongan gaji, tapi kalau ada insuran secara peribadi, boleh di gunakan sebagai top-up. Andaikata, kita tinggalkan majikan utk kerja lain, syarikat tutup atau kita di berhentikan majikan, dengan insuran kesihatan peribadi sedia-ada, jika timbul keperluan mendapat rawatan sakit kritikal, ianya bukanlah menjadi beban pada diri sendiri atau pada keluarga.

Sila hubungi saya untuk penerangan langkah persediaan me-minimakan risiko anda , Amin Johari 0123820782 atau email amin.prv@gmail.com

#Jimatbelanja, #masa muda, #insuran, #makan-makan, #rancang kerjaya, #hidup bergaya

No comments:

Post a Comment