Thursday 17 March 2016

Rumahku berusia lebih 100 tahun

Pn Som-ibuku sebelah kiri
Lokasi Rumah
Rumahku di bina di Kg Bharu, di sahkan melalui kajian oleh Universiti Uitm, Bahagian Akitek, bahawa ianya berusia melebihi 100 tahu. Keluarga Johari dan Puan Som adalah pemilik terakhir kepada rumah bersejarah ini, Penulis adalah merupakan salah seorang ahli keluarga Johari, yang bongsu kepada 6 bersaudara.

Rumah ini merupakan sejarah bermakna pada diri penulis kerana, disilah aku di lahirkan, disambut sendiri oleh ayah tersayang.

Di rumah inilah aku di besarkan sehingga aku melangkah masuk menara gading. Saudara yang lain di lahirkan di luar, Kuala Lumpur ( pada masa itu masih lagi Selangor) Aku di lahiran pada tahun 1962 dan berkesempatan menikmati kehidupan suasana kampung walaupun, lokasi Kg Bharu begitu hampir dengan pekan besar dan juga pusat pemerintahan di masa itu.

Kenangan bersama rakan kampung, sama mengaji, bermain dan berjemaah di surau dan masjid memang tidak dapat di lupakan, Ramai di antara rakanku yang menuntut di Sekolah Rendah Jalan Raja Muda (Princess Road School, Sekeloh Menegah Jalan Temerloh dan Setapak High School pernah singgah di rumah ini.

Dengan rasa pilu, rumah penuh sejarah ini terpaksa di robohkan pada tanggal tahun, 2015 kerana majoriti kayunya telah menjadi usang.

Di sinilah sekarang wujudnya kedai kecil Muna's setelah rumah yang baharu di dirikan.

Wednesday 16 March 2016

Malam Tujuh Lekoh

Waktu malam hari semasa bulan puasa begitu meriah dengan cahaya pelita. Ada yang menggunakan tin dan ada pula yang menggunakan buluh. Kebiasaan tuanrumah akan memasang di persekilingan rumah seolah-olah pagar barisan pelita. Semasa aku masih dalam usia masih menuntut di sekolah rendah, 10 hari malam-malam terakhir bulan Ramadhan, yang angkanya ganjil, suasana malam hari begitu cerah di terangi dengan pelita. Aku tak lupa, di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, ada sebuah rumah yang menghias pelita tersusun seperti bintang.

Di kala berkumandang suara jemaah masjid bertadarus, kanak-kanak serta remaja akan sibuk bermain bunga-api. Antara yang menarik dan masih segar dalam ingatan ialah bunga-api yang akan mengeluarkan payung terjun. Walaupun ianya seiras seperti rupa tuala, berwarta putih, kanak-kanak berebut-rebut cuba mengejarnya. Kebiasaanya semasa perebutan jarang payung terjuan itu akan di ambil dengan sempurna. Selalunya koyak, tetapi perasaan serta kepuasan mengejar yang jadi menarik. Ada yang terjatuh dalam longkang, ada yang terlondeh kain, ada hilang songkok semasa berlari dan ada yang bawa basikal terlanggar pokok sebab brek basikal tak makan.

Pada yang remaja dan dewasa, kegemaran mereka ialah berperang bunyi meriam buluh. Secara perkumpulan mereka akan menyusur persisiran sungai bonos dekat kg bharu untuk mencari batang buluh yang bersesuaian untuk di jadikan meriam. Bahan letupan yang popular di gunakan ialah kabaid. Dentupan meriam buluh memang menggeggarkan. Kumpulan yang berlainan akan berbalas tembakan sehingga yang kedengaran kuat akan menang.

Malam-malam tujoh lekor atau nama rasminya, malam Lailatul Qadar, di raikan hampir sebagai malam Hari Raya, di mana yang remaja sibuk dengan aktivitinya, manakala yang berumur akan menghabiskan masa beribadah samaada di surau atau masjid.

Semasa hari terkhir malam bulan Ramadhan sementara menunggu ketibaan 1 shawal, kebanyakan dari orang kampung, samaada tua atau muda akan menunggu pegistiharan nampak anak bulan di radio atau televisyen, sebelum mula masak rendang, ketupat atau dodol. Saat pemegang mohor diraja membuat pengumuman amat sekali di tunggu dengan penuh debaran.


Tuesday 15 March 2016

Kenangan Puasa

Aku masih teringat lagi, di masa aku belum bersekolah lagi, waktu bersahur, bunyi kentung akan berkumandang untuk menyedarkan orang kampung untuk bangun bersahur. Begitu juga semasa waktu berbuka puasa.

Semasa itu, televisyen masih dalam bentuk hitam putih dan hanya beberapa rumah sahaja yang mampu memilikinya. Rancangan televisyen pun agak terhad siarannya, dari petang hingga tengah malam sahaja. Aku adalah antara budak yang akan menunggu untuk tumpang mengamati cerita kartoon di peti televisyen di sebelah petang. Ibu selalu berpesan, sebelum berbuka puasa mesti pulang ke rumah. Tidak manis jika masih melangut tengok televisyen di rumah orang.

Ya, di kampung bharu, kampung di tengah bandar, di lewat 60 han, keadaan begitu aman, di selubungi kehijauan serta tanpa kebisingan kenderaan. Samaada awal subuh atau hampir maghrib, aktiviti di luar rumah agak begitu kurang, melainkan melibatkan keagamaan.

Pada masa itu, kita masih tidak mengenali apa itu imsak, dan yang di ingatkan orang tua, jangan di sambung makan apabila azan subuh berkumandang. Tiba masa untuk bersahur, tiada siapa dalam keluargaku akan tidur termasuk kakak ku. Soal nak berpuasa atau tidak, itu tak penting, yang utama bangun bersahur.

Aku pada peringkat umur dalam 4 tahun, adakala sebagai anak bongsu, di beri sedikit kelonggaran. Antara kelonggarannya ialah, bila aku tidak sedar semasa di kejutkan oleh ibuku, bila tersedar sudah terang, ibuku masih galakkan aku berpuasa. Katanya, tidak mengapa masih boleh berpuasa walaupun terlepas sahur, dan nanti boleh berpuasa setengah hari, mungkin sebagai galakkan(gelaran puasa setengah hari, dipanggil puasa yang yok)

Antara minuman kegemaran aku masa itu ialah tapai ubi air bersantan, sirap bandung dan air selasih. Di kala itu, jarang sekali, keluargaku membeli untuk berbuka, semuanay ibu yang menyediakannya.

Antara suasana ynag menarik semasa bulan puasa ialah sembhayang jemaah teraweh (di mana kanak-kanak akan mengambil bahagian untuk menyediakan moreh selepas selesai sembahayang teraweh. Semua rakan-rakan begitu menanti-nanti untuk membantu semasa moreh. Walaupun tidak di bayar, menikamati juadah semasa moreh sudah cukup untuk kami dan kesempatan bersama-sama rakan amat menyeronokkan.

Tuesday 1 March 2016

Makanan Ringan dan Kudapan

Makanan Ringan di botolkan untuk memudahkan penyimpanan dan tak cepat lemau.
Harga begitu berpatutan memandangkan isi-kandung yang padat.




Kacang - Hanya RM 4.00 sebotol
Bepang - Hanya RM 3.00 sebotol









Diskaun akan di berikan jika beli lebih dari sebotol.

Minuman Ringan Dengan Harga Berpatutan

Minuman Ringan lagi sejuk ini ternyata lebih murah daripada yang terdapat di kedai sekitar Kampung Bharu,khasnya di Kedai Seven E

Terdapat pilihan aneka jenama yang terkenal serta perisa yang popular.

Air Mineral dan bukannya air minuman(drinking water) hanya berharga RM1.00 sebotol (saiz:500 liter)

Milo RM1.80 Dutch Lady Chocolate RM2.50 Yogurt RM1.40 Soya Bean RM1.30

Nutri-ChinChow RM1.50 Nutri Soya RM1.50 Seven Up RM1.50
Nescafe Original RM2.50 Nescafe Black RM2.50

100 Plus RM1.80

Mineral RM1.00 Twisters RM2.50

Semua air kotak Delite harga sekotak RM1.30