Aku masih teringat lagi, di masa aku belum bersekolah lagi, waktu bersahur, bunyi kentung akan berkumandang untuk menyedarkan orang kampung untuk bangun bersahur. Begitu juga semasa waktu berbuka puasa.
Semasa itu, televisyen masih dalam bentuk hitam putih dan hanya beberapa rumah sahaja yang mampu memilikinya. Rancangan televisyen pun agak terhad siarannya, dari petang hingga tengah malam sahaja. Aku adalah antara budak yang akan menunggu untuk tumpang mengamati cerita kartoon di peti televisyen di sebelah petang. Ibu selalu berpesan, sebelum berbuka puasa mesti pulang ke rumah. Tidak manis jika masih melangut tengok televisyen di rumah orang.
Ya, di kampung bharu, kampung di tengah bandar, di lewat 60 han, keadaan begitu aman, di selubungi kehijauan serta tanpa kebisingan kenderaan. Samaada awal subuh atau hampir maghrib, aktiviti di luar rumah agak begitu kurang, melainkan melibatkan keagamaan.
Pada masa itu, kita masih tidak mengenali apa itu imsak, dan yang di ingatkan orang tua, jangan di sambung makan apabila azan subuh berkumandang. Tiba masa untuk bersahur, tiada siapa dalam keluargaku akan tidur termasuk kakak ku. Soal nak berpuasa atau tidak, itu tak penting, yang utama bangun bersahur.
Aku pada peringkat umur dalam 4 tahun, adakala sebagai anak bongsu, di beri sedikit kelonggaran. Antara kelonggarannya ialah, bila aku tidak sedar semasa di kejutkan oleh ibuku, bila tersedar sudah terang, ibuku masih galakkan aku berpuasa. Katanya, tidak mengapa masih boleh berpuasa walaupun terlepas sahur, dan nanti boleh berpuasa setengah hari, mungkin sebagai galakkan(gelaran puasa setengah hari, dipanggil puasa yang yok)
Antara minuman kegemaran aku masa itu ialah tapai ubi air bersantan, sirap bandung dan air selasih. Di kala itu, jarang sekali, keluargaku membeli untuk berbuka, semuanay ibu yang menyediakannya.
Antara suasana ynag menarik semasa bulan puasa ialah sembhayang jemaah teraweh (di mana kanak-kanak akan mengambil bahagian untuk menyediakan moreh selepas selesai sembahayang teraweh. Semua rakan-rakan begitu menanti-nanti untuk membantu semasa moreh. Walaupun tidak di bayar, menikamati juadah semasa moreh sudah cukup untuk kami dan kesempatan bersama-sama rakan amat menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment